Job Openings KERANI (Setiausaha Syarikat)

About the job KERANI (Setiausaha Syarikat)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Bertanggungjawab terhadap pengurusan pemfailan, memasukkan data dan komunikasi yang cekap bagi memantap dan meningkatkan lagi keberkesanan sistem tadbir urus dalam PPPNP.

Fungsi teras yang menjadi tanggungjawab Kerani turut merangkumi fungsi-fungsi berikut:

  • Membantu didalam pengurusan dokumen Mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan Perak SADC.
  • Membantu dalam Penyediaan minit mesyuarat.
  • Membantu dalam menyediakan dokumentasi kepada pihak berkepentingan.
  • Membantu untuk menjadi liason officer kepada Lembaga Pengarah Kumpulan Perak SADC.
  • Urusetia didalam pengurusan mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan Perak SADC.
  • Membantu didalam tugasan tambahan Bahagian Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain mengikut keperluan seperti diarahkan oleh pegawai atasan.


  • KELAYAKAN

Calon perlu mempunyai kemahiran yang baik, pengalaman profesional yang terbukti dan pengetahuan terperinci mengenai proses amalan terbaik industri.

Calon juga perlu mempunyai kelayakan seperti berikut:-

  • Berumur 21- 28 tahun
  • Diploma dalam Jurusan Pengurusan Pejabat atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang pentadbiran pejabat atau sijil-sijil kursus berkaitan pentadbiran pejabat adalah diutamakan.
  • Berpengetahuan dalam pengendalian perisian MS Office, terutama Word & Excel.
  • Berpakaian kemas.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang bujang.
  • Jujur dan berintegriti dalam menjalankan tugas.
  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh melaksanakan beberapa kerja dalam satu masa (multi-tasking).
  • Mempunyai kemahiran interpersonal, bermotivasi tinggi dan dapat berkomunikasi dengan baik pada pengurusan semua peringkat dan pihak luar.
  • Boleh bekerja di bawah tekanan dan pengawasan yang minima serta bekerja secara individu dan berkumpulan mengikut arahan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  • Bersedia untuk bekerja lebih masa.