Job Openings
Senior Executive, Accounts
About the job Senior Executive, Accounts
RINGKASAN:
Bertanggungjawab untuk menguruskan transaksi kewangan, rutin operasi dan fungsi pelaporan kewangan bagi memantap dan meningkatkan lagi keberkesanan sistem tadbir urus kewangan dalam syarikat.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA:
- Memastikan semua transaksi kewangan direkodkan dengan tepat dan mematuhi keperluan perundangan dan piawaian perakaunan yang berkenaan.
- Menyemak jurnal harian dan bulanan bagi memastikan ketepatan rekod kewangan serta mengurangkan pelarasan di hujung bulan dan tahun.
- Menyediakan laporan kewangan dan laporan pengurusan yang tepat pada masanya untuk rujukan dan tindakan pihak Pengurusan, di samping menganalisis perbezaan antara bajet dan prestasi sebenar.
- Mengendalikan set penuh akaun bagi persekitaran industri perladangan, termasuk akaun hasil, kos dan aset.
- Menguruskan fungsi perbendaharaan termasuk keperluan pembayaran, penerimaan bayaran serta pengurusan aset dan perbelanjaan am mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
- Mengurus kawalan kredit pelanggan, termasuk menetapkan had kredit, memantau kutipan, menyediakan laporan umur hutang, dan mengambil tindakan pemulihan jika perlu.
- Menyediakan laporan butiran aliran tunai syarikat berserta unjuran bagi tahun secara bulanan.
- Menyediakan laporan bajet dan unjuran tahunan.
- Memastikan rekod perkiraan inventori (costing) dilaporkan dengan tepat.
- Menyokong Audit Dalaman dan Luaran dengan menyediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan semasa audit, serta menyelaras tindakan susulan terhadap penemuan audit.
- Menjalinkan kerjasama rapat dengan Jabatan Lain, serta bertindak sebagai penghubung antara kewangan dan jabatan operasi untuk memastikan pemahaman yang sejajar mengenai keperluan dan prestasi kewangan.
SYARAT KELAYAKAN:
- Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana lokasi.
- Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Perakaunan
- Pengalaman bekerja lebih daripada 7 tahun dalam bidang perakaunan, atau pengalaman yang berkaitan atau mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan fungsi akaun dan kewangan.
- Kelebihan diberikan kepada calon yang merupakan ahli aktif dalam Malaysian Institute of Accountants (MIA).