About the job DOBI Specialist
Siapa yang kami cari?
Kami perlukan seseorang yang rajin, mahu belajar, dan buat kerja dengan penuh tanggungjawab. Ini bukan kerja sekadar masuk baju dalam mesin dan tekan butang anda akan belajar dry cleaning,cuci tangan, guna mesin, dan jaga kain dengan cara yang betul.
Kalau anda seorang yang:
- Tak tunggu arahan, tahu cari kerja sendiri
- Teliti dan perasan benda kecil (tak semua kain boleh basuh sama!)'
- Sanggup belajar benda baru (kami akan ajar)
- Boleh bekerjasama dengan kawan sekerja
- Sanggup buat lebih dari biasa untuk pastikan kerja siap elok
Maka ANDA yang kami cari!
Apa kerja yang perlu dibuat?
- Guna Mesin Dobi & Dry Cleaning Belajar guna mesin dengan cara yang betul dan selamat.
- Dry Cleaning & Cuci Tangan Kenal jenis kain dan cara cuci yang sesuai.
- Penjagaan Fabrik Belajar guna sabun, bahan pencuci, dan teknik yang betul untuk setiap jenis kain.
- Menyeterika & Kemasan Pastikan pakaian licin dan siap dipakai.
- Jaga Kebersihan Tempat Kerja Pastikan dobi kemas dan berjalan lancar.
- Layan Pelanggan (jika perlu) Bantu pelanggan dengan keperluan dobi mereka.
Syarat-Syarat:
- Tak perlu pengalaman kami akan ajar!
- Rajin bekerja dan tak takut kerja berat.
- Boleh dipercayai, bertanggungjawab, dan boleh kerja dalam pasukan.
- Boleh berdiri lama dan angkat beg dobi jika perlu.
Gaji Dan Kebajikan:
Gaji Pokok: RM1700
Anggaran Gaji Kasa:RM2000 - RM2300 (Gaji Pokok+Elaun+OT)
EPF< EIS<SOSCO
OT
Hostel (Tiada potongan gaji)
Ticket Kapal Terbang di Bantu (Warga Sabah & Sarawak)
Cuti tahunan & Cuti Am
Kalau anda nak kerja yang stabil dan ada peluang untuk belajar serta berkembang, mohon sekarang!
"Jawatan ini ditawarkan terus oleh majikan tanpa perantaraan agensi. Pemohon perlu menghadiri temuduga (ONLINE @ Whatsapp) dan berunding faedah secara sendiri dengan majikan."